Cuba Jawab..
Dia tidak bulat…tapi kita sebut dia bulat…
.
.
.
.
Apakah dia? Sharing is caring maa….. ![]()
Dia tidak bulat…tapi kita sebut dia bulat…
.
.
.
.
Apakah dia? Sharing is caring maa….. ![]()
In response to Onana’s post for this entry. Aku setuju! Memang roti ni amat sedap. Wife pun cakap sedap. Boleh jadi gila…Amat susah untuk dimiliki. Every morning when I pass by LRT Bukit Jalil punya mag shop, mesti berderet jer….sekali petang aku balik, lessssap….Beedeeeezzzuppppp (bunyi apa ni??!)
Kalau time lapar…perrghhh…..5 keping pun tak rasa apa lagi.
Tapi, ada sorang jer member kat ofis aku kata roti tu tak sedap….tah apa masalah dia.
Salam all..
(This post has nothing to do with anything or anyone in this world or other. It’s just another contribution and self-expression from me to her..)
Ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada ibu tercinta: SALAMAH BINTI AWANG. Yang ke-52 tahun. Tak terasa pun. Mak…
Terima kasih atas pengorbanan Mamak selama 30 tahun menjaga Iwan. Tak terasa pun, rupa-rupanya, sudah lama kita duduk berjauhan. 1997, Iwan tinggalkan mamak, pegi sambung belajar, di Kuala Lumpur. Balik kampung setahun sekali. Kadang-kadang setahun dua kali. 1999, Iwan habis belajar. Sambung pulak belajar di Kota Kinabalu. Pun di luar tempat kelahiran. Masa tu seronok. Ramai kawan. Kurang rasa rindu. 2002, Iwan habis belajar. Bawak balik Ijazah, untuk mamak. Siapa yang didik? Mamak! Iwan ingat lagi masa tingkatan 2. Iwan kurang pandai English. Jam sudah pukul 1 pagi. Mamak belum tidur, temankan Iwan buat kerja sekolah. Dimarah, dijentik, pulas telinga dan macam-macam lagi. Bapak backing..(Seb baik). Masa tu Iwan marah mamak. Benci. Tapi itu dulu. Sekarang Iwan tau apa reason nya mamak buat macam tu. Terima kasih Mak!
2002, tahun yang sama. Iwan dapat tawaran bekerja yang pertama. Dimana? Di Kota Kinabalu. Sekali lagi di luar tempat kelahiran. Iwan tinggalkan Mamak. Untuk mencari rezeki. 2005, Iwan buat keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur. Bukan benci Mamak. Bukan benci Tawau. Bukan benci apa-apa. Tapi Iwan rasa untuk kebaikan diri sendiri. Dan sekali lagi, Iwan tinggalkan Mamak. Kesian Mamak kan??!!
2006, Mamak datang ke Johor. Untuk pertama kali. Majlis pertunangan Iwan. Iwan jemput Mamak di airport. Salam, cium tangan. Mak! Kenapa tangan Mamak ni? MasyaAllah. Mamak sudah tua rupanya. Padahal Iwan rasa macam baru semalam Mamak hantar Iwan ke airport Tawau, untuk sambung pelajaran di Kuala Lumpur dulu. Mak! Maafkan Iwan ya…sudah lama Iwan tinggalkan Mamak. Mamak rindu ka?? Iwan rindu…
2007, Mamak sekali lagi datang ke Johor. Majlis perkahwinan anak sulung Mamak yang selalu tinggalkan Mamak. Menantu Mamak Suhanah, yang memang Mamak sudah kenal. Umur Mamak makin meningkat. Jelas nampak perubahan Mamak dari tahun ke tahun. Mak..Iwan ingat pesan Mamak.
Sekarang, Iwan sudah ada keluarga. Mamak pun sudah dapat cucu baru. Nakal. Dania Delisha. Setakat hari ni, Dania sudah mau masuk 6 bulan. Cabaran?? Dugaan?? Memang sengit. Mungkin beginilah Mamak rasa dulu waktu besarkan Iwan kan? Terima kasih Mak…
Mak…hari ni, pagi ni, adalah hari ulang tahun Mamak. Mamak mau apa? Sudah berapa kali ya kita celebrate berjauhan? Setiap tahun, siapa yang paling 1st akan wish Mamak? Walaupun selalunya mengganggu Mamak tidur, tapi Iwan tetap mau wish. Iwan dak mau jadi yang kedua.
Mak…mungkin hari jadi ni Iwan dak dapat bagi apa-apa. Sebab Iwan…seperti biasa…tinggalkan Mamak. Mak..kalau lah Mamak tau, betapa Iwan mau tinggal dekat dengan Mamak. Tuhan jak yang tau. Mak..mulai hari ni, Iwan mau janji. Iwan dak kan kecewa kan Mamak lagi. Dak kan sakitkan hati Mamak lagi. Dak kan buat Mamak risau lagi. InsyaAllah..
Dan Mak..sempena hari jadi Mamak ni..Iwan mintak ampun dan maaf atas SEGALA apa yang sudah Iwan buat sepanjang hayat Iwan. Iwan harap, Iwan dak menjadi bebanan selama 30 tahun dalam hidup Mamak.
(Nanti Mamak pencen…please come and stay with us…as long as forever…)
SELAMAT HARI JADI MAK!
.
.
P/S: Mamak still calls me Iwan. I love it!
…..ok aku saja lebih-lebih kan tajuk tu. Hehhehe…actually aku nak citer sket ni. Pagi tadi, aku terpaksa naik teksi pegi LRT. Selalunya wife aku hantar. But aku kuar umah lambat sket tadi. Then kena jadik Mr. Mama kejap jaga Dania. Ok cut the crap…
Teksi kaler biru merah stopped by. Aku naik..sambil pegang Twister Apple & Gardenia Delicia (my favourite). Sampai ke persimpangan LRT Sri Petaling, driver tu ambik kanan, instead kiri. Aik??!! Aku dah cuak. Takkan nak kena kidnap plak kan? Aku bukan ADUN pun. Owh..sekali dia hanto aku ker LRT Bukit Jalil daaa.
Pas tu, bermulalah dialog aku dengan Pemandu Teksi Durjana tersebut:
Aku: Berapa bang? (Baru aku pasan yang dia tak run on meter…aku cuak kejap)
Dia: Biasa berapa you bayar?
Aku: (Ada caaannnn….) Biasa RM5. (Aku tak nak la tipu hidup-hidup kan….biasa memang mcm tu pun, kadang-kadang RM4.90, RM5.20, RM5.10…margin tak lari pun..situ-situ jugak…)
Aku: Nah…..(Aku bagi RM10)
Dia: RM4…(Sambil pulangkan belen RM6 kat aku…)
Aku: ……………………………….
Pas tu aku bukak pintu, sempat lagi tengok duit kat tangan sambil mengira laju…..betul RM6. Aku keluar, tutup pintu cepat-cepat. Teksi pun berlalu…….
.
.
.
.
Terima kasih………….(Lambat jer terima kasih nyer…hehehehheh)
If you want to die young, die in style……….
.
.
.
.
.
.
.
.
Smoke cigars!
Recent Comments